Sudah menjadi lumrah
dalam kehidupan manusia, kita perlu hidup saling bergantungan antara satu sama
lain. Sikap mementingkan diri dan ‘bodoh sombong’ akan membinasakan diri
sendiri akhirnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk
mengatasi masalah ini. Asas yang perlu ada dalam diri setiap individu adalah
sikap ingin bertanya dan menambah ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah 'malu
bertanya sesat jalan'. Walaupun kita yakin pada diri
sendiri dalam melakukan sesuatu, tidak mungin perkara tersebut dapat dilakukan
dengan jayanya tanpa bantuan daripada pihak lain. Contoh, kita merancang untuk
mengadakan sebuah program baktisiswa. Sebagai pengarah program atau
ketua, kita perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengendalikan program tersebut.
Kejayaan program ini akan dikecapi apabila kita mendapat kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung. Nilai murni 'kerjasama' dapat
didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu
antara dua atau beberapa pihak. Kita lebih mudah untuk bekerjasama dengan pihak
luar apabila mempunyai kemahiran bahasa yang baik. Seseorang yang pandai dan
bijak berkata-kata mampu menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua pihak.
Penggunaan bahasa yang lembut dan kata-kata yang indah mampu meyakinkan pihak
luar untuk bekerjasama dengan kita. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan bahasa
penting dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak lain. Penggunaan bahasa merupakan
salah satu aspek yang penting dalam komunikasi. Apabila kita ingin menarik
minat orang lain, kata-kata yang dituturkan perlulah mengikut tahap pendidikan
atau latar belakang orang yang kita ingin berinteraksi. Maka, kerjasama yang
ingin kita jalankan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Perkara utama yang
kita perlu titik beratkan adalah jangan membezakan orang yang ingin kita
lakukan kerjasama berdasarkan bangsa dan agamanya. Kita perlu ada semangat
perpaduan dan menjalinkan kerjasama dengan semua kaum yang ada di Malaysia. rujukan: http://sitimariamkhairunisamohdbadri.blogspot.my/2013/03/nilai-murni-kerjasama.html
No comments:
Post a Comment