Sunday, 5 February 2017

Cara-Cara Membina Kerjasama




Ada beberapa cara untuk membina kerjasama supaya dapat berjalan secara lebih baik dan sesuai dengan yang diharapkan:

a. tentukan tujuannya

Kenapa kerjasama pasukan harus di bentuk, atau mengapa harus dilakukan kerjasama? Apa saja yang boleh didapatkan dari kerjasama tersebut? Mungkin itu merupakan beberapa soalan yang boleh diajukan sebelum menyertai atau mengikuti kerjasama. Kerana dengan tujuan yang jelas, kegiatan dalam kerjasama akan berjalan secara lebih teratur dan lebih baik sesuai dengan yang diharapkan.

b. Sediakan profil

Jika kamu akan bergabung dengan sebuah kerjasama pasukan, maka gali bahan-bahan tentang diri kamu dan gali juga latar belakang tentang diri kamu, termasuk hal-hal apa saja yang menarik tentang diri kamu sendiri.

c. Buat kesan yang positif

Buat kesan yang baik atau positif apabila kamu mula bekerjasama dengan sebuah pasukan dan teruslah pertahankan.

d. Hargai setiap pendapat dan kebiasaan rakan kerja

Setiap individu dalam organisasi pastinya mempunyai kebiasaan yang berbeza-beza terutama dalam mengemukakan pendapat. Jadi setiap individu semasa melakukan kerjasama harus boleh menghargai dan menghormati seriap pendapat individu yang lain, supaya kerjasama yang dilakukan dapat terjalin secara harmonis dan berjalan secara baik tentunya.

e. Selalu fokus pada kualiti

Boleh-boleh saja kamu membuat jaringan kerjasama yang banyak dengan siapa saja, tapi utamakan kualiti bukan kuantiti, terutamanya kualiti dalam bekerja.

f. tawarkan bantuan

Jangan ragu untuk menawarkan bantuan, jika memang kamu merasa sanggup untuk membantu orang lain saat bekerjasama.

g. tunjukan keghairahan

Tunjukan keghairahan bahawa kamu senang dapat bekerjasama dan mengenal orang-orang pada organisasi / institusi tersebut, lakukanlah hal itu dengan tulus.








No comments:

Post a Comment