Adapun
manfaat-manfaat lain yang boleh di dapatkan dari kerjasama, contohnya seperti:
a.
Mengeratkan persaudaraan
Dengan
bekerjasama setiap individu pada sesuatu pasukan kerja akan saling berinteraksi
dan saling membantu dalam menyelesaikan persoalan-persoalan untuk mencapai
tujuannya, sehingga akan terjalin juga komunikasi-komunikasi yang mana semua
itu akan menambah rasa persaudaraan.
b. Memupuk
semangat perpaduan
Kerjasama-pun
dapat menumbuhkan semangat persatuan pada diri setiap individu yang tergabung
dalam kelompok kerja atau pasukan kerja. Supaya setiap aktiviti dalam kerjasama
dapat berjalan baik maka harus boleh menjunjung rasa kesatuan dan persatuan.
c. Pekerjaan
lebih cepat dapat diselesaikan
Dengan
kerjasama masalah sesulit apapun akan cepat dapat diselesaikan kerana tidak
hanya bergantung kepada satu individu sahaja untuk menyelesaikan pekerjaan
tetapi dengan banyak individu yang bersatu dan saling menyokong satu sama lain,
maka pekerjaan akan lebih cepat diselesaikan dan lebih cepat membuahkan hasil.
d.
Pekerjaan terasa lebih ringan
Pekerjaan
yang sesulit apapun akan terasa lebih ringan dan lebih mudah diselesaikan
kerana di kerjakan oleh banyak orang yang saling menyokong satu sama lain.
No comments:
Post a Comment